Ya Allah.. Jika dulu aku angkuh di bumiMu, HidayahMu mematahkn keangkuhanku.. Membangunkn sifat malu.. Yg selama ini tersorok dlm diri.. Kutundukkn pandanganku.. Yg selama ini meliar.. Kutimbulkn kekeliruan pd dunia sekelilingku.. Ku ketepikn sgl tegurn sinis.. Ya Allah.. Jika dulu aku lalai dlm menunaikn hakMu, Terleka diriku dngn duniawi, Sesungguhnya kekuasaanMu paling agung, Kau sedarkan aku di saat aku hanyut.. Masih x terlmbt, Untuk satu perubahn,
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Monday, August 23, 2010
Wajarkah artis dipuja???
Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk "selebriti sebagai ikon masyarakat" dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.
Menurut beliau juga, dunia artis hiburan lebih banyak dipenuhi keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.
JIM menyedari bukanlah mudah bagi wardina untuk membuat pendedahan begitu yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. wardina memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung disebalik keputusan dan beliau juga berpikiran matang dan memikirkan masyarakat.
Sebagai seorang yg pernah dan masih terlibat dalam dunia penyiaran, hiburan dan perfileman, wardina tentunya merujuk kepada pengalaman sendiri yg dilaluinya. Amatlah wajar sekiranya teguran Wardina diambil serius dan dijadikan iktibar untuk rakan artis yang lain...
P/s: so jgn lah kita mendewa2kan artis dan ghairah memuja dan menyanjung golongan artis!! mereka juga manusia biasa tiada apa yang istimewa. kita semua dijadikan dari setetas mani yang hina dan yang membezakan kita hanya amal dan iman serta ketaqwaan.. jadi wajarkah kita memuja manusia yang tidak dapat membawa kita menuju cinta abadi???
Sunday, August 22, 2010
Wahai Zaujku
Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.
Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.
Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.
Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.
“Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu
Bila izrail datang memanggil
Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Friday, August 20, 2010
Paderi Amarika Rancang Bakar Al-Qur'an Besar-Besaran
Paderi Amarika Rancang Bakar Al-Qur'an Besar-Besaran
Paderi Terry Jones, penulis buku 'Islam is of the evil' berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010.
Kumpulan 'Dove World Outreach Center of Gainesville' di Florida, dalam laman Facebooknya berkata ia akan mengadakan satu 'Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa' pada setiap 11 September, lapor AFP semalam.
Tindakan itu dijangka mengundang ancaman daripada kumpulan-kumpulan Islam dan amaran bahawa ia boleh meningkatkan kes berlandaskan kebencian.
Ia meminta kumpulan-kumpulan agama lain untuk menyertai rancangannya itu, dalam usaha bersatu dalam perjuangannya untuk 'menentang amalan jahat Islam,' katanya menurut laporan agensi berita itu lagi.
'Islam dan undang-undang syariah bertanggungjawab atas 9/11,' kata paderi kumpulan itu, Dr Terry Jones, kepada AFP.
Paderi sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu.
Gereja sama turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa 'Islam is of the evil'.
(CNN) -- In protest of what it calls a religion "of the devil," a nondenominational church in Gainesville, Florida, plans to host an "International Burn a Quran Day" on the ninth anniversary of the September 11, 2001, attacks.
The Dove World Outreach Center says it is hosting the event to remember 9/11 victims and take a stand against Islam. With promotions on its website and Facebook page, it invites Christians to burn the Muslim holy book at the church from 6 p.m. to 9 p.m.
"We believe that Islam is of the devil, that it's causing billions of people to go to hell, it is a deceptive religion, it is a violent religion and that is proven many, many times," Pastor Terry Jones told CNN's Rick Sanchez earlier this week.
Jones wrote a book titled "Islam is of the Devil," and the church sells coffee mugs and shirts featuring the phrase.
Muslims and many other Christians -- including some evangelicals -- are fighting the initiative.
The church launched a YouTube channel to disseminate its messages.
"I mean ask yourself, have you ever really seen a really happy Muslim? As they're on the way to Mecca? As they gather together in the mosque on the floor? Does it look like a real religion of joy?" Jones asks in one of his YouTube posts.
"No, to me it looks like a religion of the devil."
The Islamic advocacy group Council on American-Islamic Relations called on Muslims and others to host "Share the Quran" dinners to educate the public during the monthlong fast of Ramadan beginning in August. In a news release, the group announced a campaign to give out 100,000 copies of the Quran to local, state and national leaders.
"American Muslims and other people of conscience should support positive educational efforts to prevent the spread of Islamophobia," said CAIR spokesman Ibrahim Hooper in the release.
The National Association of Evangelicals, the nation's largest umbrella evangelical group, issued a statement urging the church to cancel the event, warning it could cause worldwide tension between the two religions.
"The NAE calls on its members to cultivate relationships of trust and respect with our neighbors of other faiths. God created human beings in his image, and therefore all should be treated with dignity and respect," it said in the statement.
Dove's Facebook page, set up for the September event, has more than 1,600 fans.
"Eternal fire is the only destination the Quran can lead people to, so we want to put the Quran in it's [sic] place -- the fire!" the page says.
But another Facebook group with more than 3,100 fans says it stands "against the disrespect and intolerance that these people have for the Muslim people" and encourages people to report Dove's page to Facebook.
Targeting another group it calls "godless," the Dove center is also hosting a protest against Gainesville Mayor Craig Lowe, who is openly gay, on Monday at Gainesville's City Hall. The group previously fought -- unsuccessfully -- to derail Lowe's election campaign.
"We protest sexual perversion because the Bible protests it. ... What is acceptable to today's leadership becomes acceptable to tomorrow's society," the church says in its blog entry about the event.
Lowe and other government figures and media outlets received e-mails from the church about the event, The Gainesville Sun reported. Lowe isn't concerned with Monday's event.
"I've got other things to do," he said, The Sun reports.
On the outreach center's front lawn, alongside a sign reading "Aug. 2 Protest, No Homo Mayor, City Hall," stands not just one, but three signs bearing the slogan "Islam is of the Devil."
One of the signs -- one reading "Islam" on one side, "Devil" on the other -- was vandalized. On its blog last week, the church said the sign will be replaced.
"This is private property and vandalism is a crime here in America," the blog says. "In Islam, many actions that we consider to be crimes are encouraged, condoned or sheltered under Islamic teaching and practice, though. Another reason to burn a Quran."
mereka akan melakukan pembakaran al quran pada hari raya pertama....!!!!! apa usaha kita dalam membantu saudara kita???? apa kita nak jawab dgn Allah???? pentingkan dirikah kita jika kita tak membantu???? mereka dalam usaha membeli al quran translation dan memberi kan nya kepada orang kristian di amerika... kita??? apa salahnya kita berhabis 50rm untuk membeli quran translation dan beri kpd rakan2 kristian kita??? bangunlah wahai sahabat!!!! kembali lah pd tugas kita sbg khalifah.... tunaikanlah janji kita dahulu.. yang telah lama terkubur.. juhadlah wahai mujahidah dan mujahidinnnn.... wallahualam.. sekian..
maaf jika ada yang tersilap..
Lailatul Qadar
Liqa' today lailatul qadr
Prepared by me
prepared to k.ayu, mariam, hanis, tisya, k.aniza
“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil Daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan)..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a.Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”
Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:
“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.
Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.
Ibnu Hazam berpendapat:-
· Jika bulan Ramadan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.
· Jika Ramadan genap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.
Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).
Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?”Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu ” Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ….”. Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.
· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul – Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.
Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.
Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
· Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
· Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
· Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya…..”.
Dalam riwayat lain,“Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali,dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai“.
Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca:“Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.
Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-
{ Doa.
{ Beristighfar.
{ Bertasbih.
{ Bertahmid.
{ Bertakbir
{ Bersedekah
{ Menjaga maruah dan akhlak
{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikatkerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:
{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR