Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak telalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.
Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk "selebriti sebagai ikon masyarakat" dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.
Menurut beliau juga, dunia artis hiburan lebih banyak dipenuhi keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.
JIM menyedari bukanlah mudah bagi wardina untuk membuat pendedahan begitu yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. wardina memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung disebalik keputusan dan beliau juga berpikiran matang dan memikirkan masyarakat.
Sebagai seorang yg pernah dan masih terlibat dalam dunia penyiaran, hiburan dan perfileman, wardina tentunya merujuk kepada pengalaman sendiri yg dilaluinya. Amatlah wajar sekiranya teguran Wardina diambil serius dan dijadikan iktibar untuk rakan artis yang lain...
P/s: so jgn lah kita mendewa2kan artis dan ghairah memuja dan menyanjung golongan artis!! mereka juga manusia biasa tiada apa yang istimewa. kita semua dijadikan dari setetas mani yang hina dan yang membezakan kita hanya amal dan iman serta ketaqwaan.. jadi wajarkah kita memuja manusia yang tidak dapat membawa kita menuju cinta abadi???
No comments:
Post a Comment