Ya Allah.. Jika dulu aku angkuh di bumiMu, HidayahMu mematahkn keangkuhanku.. Membangunkn sifat malu.. Yg selama ini tersorok dlm diri.. Kutundukkn pandanganku.. Yg selama ini meliar.. Kutimbulkn kekeliruan pd dunia sekelilingku.. Ku ketepikn sgl tegurn sinis.. Ya Allah.. Jika dulu aku lalai dlm menunaikn hakMu, Terleka diriku dngn duniawi, Sesungguhnya kekuasaanMu paling agung, Kau sedarkan aku di saat aku hanyut.. Masih x terlmbt, Untuk satu perubahn,
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Monday, February 28, 2011
Perindu CintaMu
Friday, February 25, 2011
Cinta atau Keperibadian?
AllahummaSallialaSaiyidaMuhammad
Wa ala Saidina wassallam..
La Tahzan,InnalAllah ha ma'ana
Tadabbur ayat 14 dan 15 surah Ali imran
"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
seperti yang semua kita maklum, dunia yang sesaat ini mmglah terasa indah, Allah Maha Hebat kena menjadikan alam yang bersifat binasa ini terasa indah pada pandangan mata manusia.. ya memang dunia ni indah tapi tidah indah bagi orang orang yg bertaqwa kerna kerinduaan mereka ingin bertemu Allah lagi indah daripada dunia yg bersifat sementara.. Alangkah indhnya jika kita sentiasa beringat tetng asal usul kejadian kita, matlamat kita, ke mana kita akan dikembalikan.. for sure kita akan menjadi org yang bertaqwa kerna org yg sentiasa berfikir akan sentiasa mengingati kenapa kita dijadikan.... tapi kebanyakkan kita merasakan dunia ni lah tempat selamanya walhal kita hdp di dunia sementara dan hanya untuk beramal untuk hidup selama-lamanya... bagi org2 yg syadid, bagi org2 yg sedang bermujahadah, bagi org2 yg sentiasa mengingati kematian, bagi mereka yang hanya mengharapkan hidayah Allah pasti akan termotivasi dgn motivasi secara langsung dgn ayat seterusnya ayat 15:3
"Katakanlah,"maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" bagi orang-orang yang bertaqwa di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan2 yg suci, serta ridha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.
MasyaAllah, begitu sayang nya Allah pd hambaNya... apa yang kita perlukan adalah ridha Allah bukan ridha manusia.. sometime kita terleka dan terlalai tentang ridha... apabila kite berpk dgn mendalam dan jika cinta kita terhadap Maha Pencinta telah mengatasi sgalanya pasti terasa indah sgl ibadat serta tak puas2 untuk bertemu Sang Kekasih.. MashaAllah.. berikan kami CintaMu... Kami kangen bangat!!.. Alangkah terasa indah tatkala dapat mengadu domba, berkhalwat bersama Sang kekasih.. mashaAllah.. siapa yang telah merasakan kenikmatannya pasti taakan berpaling dengan kelazatan beribadat... masya Allah.. Allah Maha Besar...
kadang-kadang kita sering kali tertipu dengan panahan iblis laknatullah, (semoga Allah menjauhkan kami) walaupun pada dasarnya niat itu suci tetapi niat tetap tidak menghalalkan cara.. niat tidak menghalalkan haram menjadi halal... niat menentukan sglnya... jadi kita seharusnya menitik beratkan ttg niat... kadang2 kita lupa untuk niat makan as ibadah.. byk perkara yg kita terlepas pandang ttg niat... ada suatu kisah tikamana ada seorg alim mendapat satu pelawaan untuk menyampaikan ceramah di suatu tempat lebih kurang 100km jauhnya... di pertengahan perjalanan organizer telah memberitahu bahwa pembayaran akan dinaikkan atas permintaan yang tinggi... di km 40 alim ini terasa dia pergi kerana duit, jadi beliau patah balik dan mulakan niat baru, baru beliau memulakan kembalik perjalanan beliau.. kata beliau lagi jika beliau ttp meneruskan perjalanan, maka 40km awal tadi rezeki nya mgkin tiada keberkatan dan bukan kerana Allah, beliau taknak makan rezeki yg begitu...kita? mashaAllah... kami menagih cintaMu ya Allah, cinta Nabi ku, Muhammad S.a.w...
berfikir bemula dari berzikir...
berzikir memberi ketenangan...
ketenangan membawa kebahagiaan...
kebahagiaan hingga syurga.....
cinta Allah tanpa kecewa, cintaMu yaAllah tanpa derita...
CintaMu daku dambakan, daku menagih cintaMu,
CintaMu sungguh agung, sungguh suci
cintaMu tanpa cemburu buta
CintaMu membuat daku terpesona,
CintaMu membuat manusia tengelam dalam kelazatan
CintaMu amatlah indah.. CintaMu sentiasa bahagia
tanpa keraguan, tanpa tipu muslihat
CintaMu setia tanpa dusta tanpa khianat
Agungnya CintaMu ya Allah...
Setiap hembusan bayu memberi daku terapi jiwa yang
dapat mengarap kekuasaanMu..
Alam senyuman ini adalah hadiah paling indah
wahai Sang Cinta, tanpa cintaMu daku akan
terus dibuai mimpi2 yang dusta nestapa yang akan membawa derita seluruhnya..
Lailahaillah.. cinta kepadaMu tidak ada sakit hati..
membuat hati ini tenang, bahagia walau seisi alam tertawa
daku masih kangen cintaMu ya Rabbiii....
Tak dapat menahan sebak rindu bertemuMu
Walau daku tahu mungkin tidak dapt bertemuMu..
langkahku masih terlalu jauh untuk berada di sisiMu
tapi sglnya lahir benar dari hati ini...
daku tak perlukan penilaian hambaMu..
Tak ternilai air mata rindu ini..
kadang-kadang aku terasa sungguh lemah..
tapi Engkau bangkitkan jiwa ini
dengan ayat2 cinta Mu....
membuat daku kembali segar dan tersenyum
Aku bersujud hanya untukMu,
Ya Allah terima khasih....
Tuesday, February 1, 2011
lagi update bout our friends malaysia- mesir... pray for them
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
update news... pray for our friends...
Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.