Pages

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Tuesday, July 19, 2011

Couple yang dibolehkan?


Bismillahirahmanirahim..
' COUPLE YANG DIBOLEHKAN '......

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatl...ah jika nak diceritakan. Tetapi, Sy...afiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Aku yang kehilangan


A for Allah
Ba for BasmALLAH

Detik demi detik, hari demi hari, waktu semakin menghampirkan daku ke alam selanjutnya... aku akan kehilangan.. kehilangan sebuah perkara yang amat bermakna.. hanya diri ini yang benar memahami, tetapi ada satu kuasa besar yang lebih Maha Mengetahui, mungkin aku hanya kehilangan sedikit disini, percayalah dan yakin dgn janji Rabmu bahwa kau mungkin akan dapat yg lebih di sana.. sgl keindahan, sgl keseronokan, sgl kenikmatan yg tak terhingga adalah sifatnya si syurgawi, mana nikmat jika kau dah alami di dunia.... sungguh keperitan, kehilangan, kepayahan adalah onak dan duri menuju yang SATU... menuju yang ESA... Dia memberi kita modal untuk mendapat untung diakhirat.. dimanakah perniagaan yang modal diberikan berserta untung...

BERSYUKUR???+BERSABAR???
sungguh bersyukur adalah lebih payah dari bersabar.... mungkin aku kehilangan sedikit berbanding dgn apa yg telah Allah kurniakan padaku... harusnya aku bersyukur dgn apa yg tinggal dan menjaganya seelok mungkin... kau punya banyak lagi disampingmu.... tetapi mengapa tidak menghargai mereka?? mengapa mencari yg telah tiada??? yang telah pergi hijrah darimu??? aku tak pernah melupakannya.... aku senantiasa mengingatinya... barangkali begitu tiada kesempatan waktu, barangkali dia juga sama mcm aku... bersyukur dgn apa yg telah ALLAH kurniakan pada engkau kerna tak semua yang akan dapat sepertimu.... Allah memilihmu, jadi bersyukur lah... apakah hakmu untuk memohon lebih padaNya?? rezeki Dia yang beri, Dia melindungi mu dari mara bahaya, Dia menjagamu seperti bayi, tidur diulitiNya... apakah engkau tidak lagi mahu bersyukur?? dgn sgl kenikmatan yang telah dikurniakan???

JANGAN TIDAK BISA
Hidupmu hanya kepada memberi... MEMBERI lah apa yang bisa dimanfaatkan kepada masyarakat... beri lah apa sahaja....Dun Expect more... dun give any high expectation... berlapang dada lah kamu menerima apa sahaja.. jika dikurniakan ujian kok bisa ucap saja Alhamdulillah kerna itu membuat hati ini tenang... jika terima ganjaran dariNya ucap juga Alhamdulillah agar tidak rasa kita ini besar... moga menjadi orang bertaqwa... kerana syurga itu miliknya org bertaqwa...biarpun ramai yg jauh darimu itukan sunnah orang berjuang... bisa punya dijauhi oleh org yg enggak mahu menerima islam... sabar kok.... la tahzan innALLAHama'ana inshaAllah...