Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang
SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.
Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-

saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)
Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.
Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.
.............................oh kawan jadilah seperti bulan purnama................................
p/s: Whatever it is leave it to Allah.. He knows everythings.. He will lead and guide us to the right path.. believe to Him and listen to your heart... Allah akan tetap bersama org2 yg sabar walau ape pown cuz Allah mengetahui sesuatu yg hambaNya tak taw, lagipun Allah yg jadikan hambaNya, Dia berhak melakukan apa pun terhadap barang ciptaanNya, perlukah kita persoalkan sglnya? perlukah kita tak redha dgn ketetapanNya? adakah kita pasti tentang pemahaman kita terhadap hati kita? Allah lg memahami hati2 yg Dia ciptakan. Layakkah kita digelar hambaNya sedangkan sedikit ujian sudah membuat kita keluh kesah.. Bergembiralah wahai hamba2 apabila kamu di uji kerana sesungguhnya ujian itu akan membuat kita bahagia setelah kita bersabar... sedangkan malam gelap gulita esok pasti tiba nya siang.. ini kan sgl kesedihan pasti jua ada kesurutannya kerana kehidupan ini adalah putaran roda.. selepas sgl kedukaan pasti ada sirna kebahagiaan... janji Allah pasti.. yakinlah.. bertawakallah... Allah tidak akan kejam pd hambaNya.. pasti.. walallahua'lam...
No comments:
Post a Comment