Pages

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Thursday, October 28, 2010

…iSTerI biDAdArI bAgI sUAMi di dUNiA & aKHirAt…

Assalamu’alaikum warahamtullahi wabarakatuh…

Menjadi bidadari bagi suami di dunia dan akhirat, adalah cita-cita tertinggi seorang wanita yang bergelar isteri. Walaubagaimanapun, Allah sudah menjanjikan bidadari-bidadari di syurga bagi para suami yang soleh. Tidak cemburukah para isteri jika peranannya digantikan oleh wanita-wanita lain yang kebetulan seorang bidadari di akhirat kelak? Isteri atau wanita pendamping suami ketika hidup di dunia adalah lebih tinggi darjatnya dibandingkan dengan bidadari-bidadari syurga, kerana ibadahnya kepada Allah. Wanita dunia menjalankan solat dan semua amalan ibadah lainnya, sedang bidadari syurga tidak.

Al-Qur’an mahupun hadith Rasulullah SAW banyak menyebutkan tentang penamplilan bidadari syurga. Teramat banyak ilustrasi indah yang dinyatakan untuk menggambarkan bidadari syurga. isteri-isteri yang disediakan oleh Allah tersebut, yang dinyatakan berjumlah ’72′, adalah wanita abadi dan suci, cantik jelita nan lembut gemalai. Tiap kali berkumpul bersama mereka tidak ada kata bosan dan kesunyian. Jika bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit dan bumi. Bidadari yang sempurna, indah perangai, indah segala. Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga selain suaminya. Ketika seorang mukmin masuk syurga bidadari akan menyambutnya dengan pelukan hangat dan erat dengan jari dan telapak tangan yang lembut dan indah. Mereka selalu bernyanyi riang gembira, tiada sedih tiada duka, mereka menyanyikan lagu-lagu, tasbih, tahmid, serta pujian kepada Allah. Jika bidadari syurga ke bumi nescaya wanginya akan memenuhi seluruh bumi… Subhanallaah…

Adalah tugas besar dan berat bagi seorang isteri untuk menjadi bidadari di antara bidadari lain bagi suaminya kerana hanya seorang isteri yang solehah yang kelak dapat menjadi ratunya bidadari syurga. Dengan kata lain, seorang isteri haruslah masuk syurga, sehingga boleh mendampingi suaminya. Disebutkan :

Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Tapi bukan sebatas itu, banyak hal lain yang harus diperhatikan dan diutamakan untuk dilaksanakan bagi seorang isteri agar dapat mendampingi suami di syurga, yakni :

1. Senantiasa taat pada Allah. Segala ketentuan dan ketetapan Allah diterima dengan tulus ikhlas, tiada rasa berat di hati. Oleh kerananya, seorang wanita jika ingin menjadi bidadari dunia akhirat hendaknya boleh meminggir dirinya dari segala macam perbuatan maksiat dan durhaka.

2. Membantu suami taat pada Allah. “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

3. Yang termasuk ciri isteri yang solehah yang akan menjadi ratunya bidadari di syurga nanti adalah yang taat kepada suaminya bahkan dikatakan tidak dianggap taat kepada Allah jika tidak mau taat kepada suaminya dalam hal yang baik.

4. Bersikap sebagaimana isteri yang solehah terhadap suami, yang diwujudkan dengan sikap antara lain : menghargai suami, selalu bersikap lembut dan sopan di hadapan suami, menampakkan pandangan yang teduh dan tenang, senantiasa bertutur lembut dan manis, selalu berkata yang baik, merdu dan riang kepada suami, menghiburnya setiap saat, selalu berhias dan menjaga kecantikan dirinya untuk suami, dan lain sebagainya.

Telah banyak keterangan sebagai panduan bagi seorang isteri dalam bersikap kepada suami. Diantaranya :

“Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu, dan jika engkau tidak berada di sampingnya ia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri.” (HR. Ibnu Jarir dan Nasa’i dari Abu Hurairah ra).

Ali bin Abi Thalib berkata tentang isterinya (Fathimah ra) : “Ketika aku memandangnya, hilanglah kesusahan dan kesedihanku.”

“Hak suami terhadap isterinya adalah sekalipun seandainya terdapat luka pada kulitnya kemudian isteri menjilatinya selama itu dapat memenuhi hak-hak suaminya maka lakukan.” (HR. Hakim dari Abu Sa’id Al-Khudri ra).

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, kalau tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Seorang isteri hendaklah selalu menyambut dengan sikap penuh kehangatan ketika suami memasuki rumahnya kerana inilah sambutan bidadari syurga. Dia melayani dan membahagiakan suaminya selama di sisinya. Ia sedar telah ditakdirkan Allah sebagai pendamping sekaligus pelayan bagi suaminya.

Dari semua keterangan di atas menunjukkan betapa besarnya peranan isteri terhadap suami. Isteri yang solehah tentu harus paham akan hal ini. Oleh kerana itu, para isteri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam bersikap kepada suami, kerana jika salah melangkah boleh membawa ke neraka dan sebaliknya jika betul langkahnya boleh menghantarkan ke syurga dengan rahmat Allah

Wednesday, October 13, 2010

Saturday, October 9, 2010

Apabila Langit Terbelah (1:83)


Dengan nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang


Ku panjatkan syukur atas Ilahi Tuhan yang menciptakan aku dan seluruh alam ini kerana telah mengurniakan kesempatan untuk menulis sgl hasannah ini dan moga memberikan sedikit hasannah kepada pembacanya.. semoga Allah mengurniakan hidayahNya dan rahmatNya..

Setelah beberapa hari melalui jalanan dunia ini.. membuatkan aku terus berfikir dan berfikir tentang kehidupan yang sementara dan tentang apakah tujuan hidup yang sementara ini.. bebalik kpd hakikat hidup adalah kematian.. kematian yang tidak tahu bilakah tarikhnya. kematian adalah makhluk yang sentiasa menjenguk kita

Aku turut berterima kasih kpd adik2 yang terus membantu dan menyokong aku dalam penyebaran sgl hasannah.. dan terima khasih diucapkan juga atas perkongsian kisah2 daripada kalian.. aku tertarik pada kisah seorang makcik ini.
Aku cukup takjub dgn cinta makcik ini kpd Sang Khaliq... yang juga merupakan seorang ibu tunggal kpd salah seorang sahabat kami di uitm. peribadinya cukup membuatkan aku ingin mengenali beliau secara lebih dekat. kehidupan seharian beliau : bermula pada jam 12.30pm makcik ini telah bersiap siap mandi, bertelekung kemas dan menghamparkan sejadah untuk bertemu Sang Khaliq, (kita selalunya akan bersiap2 untuk dating pakai wangi2 berdandan rapi untuk berjumpa dgn kekasih hati tapi tidak bagi makcik ini), 1jam sebelum berkumandang nya azan zuhur makcik ini telah bersiap sedia bertadarus al quran, berzikir kpd Allah... dan pada pukul 3pm beliau akan mula bersiap untuk menunaikan solat asar... begitu aku takjub kerana beliau istiqamah dalam melakukan hal demikian.. beliau akan tidur hanya sebentar dlm pukul 10pm - 2am.. kemudian beliau bangun lagi untuk bertemu Sang Khaliq.. begitu terpancar sgl nur dari wajah makcik ini, sentiasa tersenyum walaupun beliau sebenarnya mempunyai sakit.. aku takjub pd hambaMu ini yaAllah kerana cintanya yang mendalam terhadapMu.... begitu aku idamkan sebegini.. inshaAllah... Setelah tamatnya pertemuan aku dan adik2, aku berfikir dan berfikir... apabila seseorang itu dapat merasakan kenikmatan beribadah nescaya manusia itu akan sentiasa beribadah.. tapi malangnya banyak juga manusia yang tidak berusaha mendapatkan kenikmatan itu... khusyuk adalah punca kenikmatan itu.. haih... jauh lagi aku dalam pengembaraan ini...

" Dan bersegeralah kamu dalam mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas l
angit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa" ali imran:133

****************************
Alam yang dijadikan oleh Tuhan yang Maha Agung ini sgt indah, semuanya bergerak mengikut sunatullah, tiada sedikit pun membantah, tiada sedikit pun terlewat dan terawal. makhluq Tuhan yang sentiasa patuh demi manusia.. Allah hamparkan bumi ini siap dgn cahaya lampu, nikmat sgl tumbuh2an hanya untuk manusia.. berapa ramai yang bersyukur? sedikit sekali yang menghitung nikmat Allah.. begitu ramai yang mengeluh apabila ditimpa bencana duka gelisah... mengapa tidak menghitung nikmat Allah berbanding dgn sedikit ujian dari Allah. Ujian dari Allah juga adalah nikmat yang tidak terhingga.. nikmat yang Allah sayangkan hambaNya.. nikmat yang Allah ingat pada kita.. Allahuakbar!! teringat aku pada kata2 rabiatul adawiyah pencinta Allah yg Agung ketika beliau ditanya oleh Sufian at thaury(kelas aku dulu):

"wahai rabiah mengapa engkau tidak memohon kpd Allah supaya Allah menyembuhkan penyakit mu? "rabiah menjawab: mengapa aku ingin memohon disembuhkan sedangkan ianya hadiah dari Allah.. adakah kita perlu menolak pemberian dari sahabat kita jika dia ingin memberi kita hadiah?"

^sungguh aku jauh lagi ingin mengapai seperti itu wahai Tuhanku.. Ampunkan kami ya Allah

Sedang khusyuk aku menikmati alam, tiba2 aku dikejutkan dgn satu suara dari pegawai LRT.. "hey korang tak reti bahasa ke? nak aku cakap bahasa apa nak suruh korang faham hah!!" berdesing jeritan pegawai tadi kepada sekumpulan pelajar cina... aku berfikir lagi.. mmg padanlah lah drg orang bukan islam ni ta tetarik pun nak masuk islam.. penganutnya yang tidak berhemah dalam menegur, nampak sgt ke yang melayu ni bencikan cina?... slah ke berkata2 dgn adab sopan.. bukan ke budi bahasa budaya kita? dunia ni mmg terok.. sgt lah terok... buat aku meluat dgn org2 mcm tu.. bagaimana mrk nak tetarik dgn agama islam.. mrk tidak akan respect kita kalau beginilah sikap kita... bukan kah berkata baik2 itu adalah suruhan Allah kpd setiap orang?

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. " al-furqan:63

****************************
p/s: Afuan sekiranya kata2 ada yang tersinggung. InshaAllah hidup ini kepada memberi...

Neraka untuk 7 anggota


Dengan nama ALLAH yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang



ALLAH menyediakan tujuh pintu neraka jahanam. Menurut ulama, tujuh pintu neraka itu disediakan untuk salah satu daripada anggota tubuh kita iaitu mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan dan kaki.

Mata adalah pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata, kita dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah supaya kita lebih bertakwa.

Mata yang dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi, memandang keaiban sesama masyarakat atau menghina saudara Muslim yang serba kekurangan.

Telinga hendaklah dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara bidaah. Gunakan telinga untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah Allah atau untuk menuntut ilmu agama.

Lidah hendaklah digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah serta menyampaikan kebenaran kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah.

Lidah juga perlu digunakan bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama sendiri.

Jika kita tidak menjaga lidah secara lisan, ini amat buruk risikonya kerana boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Akibatnya, boleh menjerumus ke neraka.

 

Dusta adalah ibu segala dosa dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan dan kepercayaan masyarakat kepada kita.

Perut. Memelihara perut amat penting. Kita perlu mengelak daripada mengisi dengan makanan haram.

Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat.

Justeru, Islam menggalakkan kita bersikap sederhana apabila menghadapi makanan dan mengisi perut dengan rezeki yang halal.

Kemaluan. Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram.

Tutup aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat.

Bahaya menanti kita jika gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkara maksiat, mencabul kehormatan, rogol dan perbuatan yang dilaknat Allah.

Tangan. Anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.

Kaki. Gunakan untuk menuju jalan yang diredai Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah urut dan tempat perjudian.

Gunakan untuk ke masjid bagi berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka, gunakan kaki untuk melangkah ke syurga.

Bahana Meletakkan Laptop di atas riba

CHICAGO – Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. – AP

Thursday, October 7, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

"Sesungguhnaya orang orang yang berakal taakan pernah merasa bosan untuk meraih manfaat berfikir, tidak putus asa dalam menghadapi keadaan dan tidak akan pernah berhenti daripada berfikir dan berusaha..."