Dengan nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang
Ku panjatkan syukur atas Ilahi Tuhan yang menciptakan aku dan seluruh alam ini kerana telah mengurniakan kesempatan untuk menulis sgl hasannah ini dan moga memberikan sedikit hasannah kepada pembacanya.. semoga Allah mengurniakan hidayahNya dan rahmatNya.. Setelah beberapa hari melalui jalanan dunia ini.. membuatkan aku terus berfikir dan berfikir tentang kehidupan yang sementara dan tentang apakah tujuan hidup yang sementara ini.. bebalik kpd hakikat hidup adalah kematian.. kematian yang tidak tahu bilakah tarikhnya. kematian adalah makhluk yang sentiasa menjenguk kita
Aku turut berterima kasih
kpd adik2 yang terus membantu dan menyokong aku dalam penyebaran sgl hasannah.. dan terima khasih diucapkan juga atas perkongsian kisah2 daripada kalian.. aku tertarik pada kisah seorang makcik ini. Aku cukup takjub dgn cinta makcik ini kpd Sang Khaliq... yang juga merupakan seorang ibu tunggal kpd salah seorang sahabat kami di uitm. peribadinya cukup membuatkan aku ingin mengenali beliau secara lebih dekat. kehidupan seharian beliau : bermula pada jam 12.30pm makcik ini telah bersiap siap mandi, bertelekung kemas dan menghamparkan sejadah untuk bertemu Sang Khaliq, (kita selalunya akan bersiap2 untuk dating pakai wangi2 berdandan rapi untuk berjumpa dgn kekasih hati tapi tidak bagi makcik ini), 1jam sebelum berkumanda
ng nya azan zuhur makcik ini telah bersiap sedia bertadarus al quran, berzikir kpd Allah... dan pada pukul 3pm beliau akan mula bersiap untuk menunaikan solat asar... begitu aku takjub kerana beliau istiqamah dalam melakukan hal demikian.. beliau akan tidur hanya sebentar dlm pukul 10pm - 2am.. kemudian beliau bangun lagi untuk bertemu Sang Khaliq.. begitu terpancar sgl nur dari wajah makcik ini, sentiasa tersenyum walaupun beliau sebenarnya mempunyai sakit.. aku takjub pd hambaMu ini yaAllah kerana cintanya yang mendalam terhadapMu.... begitu aku idamkan sebegini.. inshaAllah... Setelah tamatnya pertemuan aku dan adik2, aku berfikir dan berfikir... apabila seseorang itu dapat merasakan kenikmatan beribadah nes
caya manusia itu akan sentiasa beribadah.. tapi malangnya banyak juga manusia yang tidak berusaha mendapatkan kenikmatan itu... khusyuk adalah punca kenikmatan itu.. haih... jauh lagi aku dalam pengembaraan ini...
ng nya azan zuhur makcik ini telah bersiap sedia bertadarus al quran, berzikir kpd Allah... dan pada pukul 3pm beliau akan mula bersiap untuk menunaikan solat asar... begitu aku takjub kerana beliau istiqamah dalam melakukan hal demikian.. beliau akan tidur hanya sebentar dlm pukul 10pm - 2am.. kemudian beliau bangun lagi untuk bertemu Sang Khaliq.. begitu terpancar sgl nur dari wajah makcik ini, sentiasa tersenyum walaupun beliau sebenarnya mempunyai sakit.. aku takjub pd hambaMu ini yaAllah kerana cintanya yang mendalam terhadapMu.... begitu aku idamkan sebegini.. inshaAllah... Setelah tamatnya pertemuan aku dan adik2, aku berfikir dan berfikir... apabila seseorang itu dapat merasakan kenikmatan beribadah nes
caya manusia itu akan sentiasa beribadah.. tapi malangnya banyak juga manusia yang tidak berusaha mendapatkan kenikmatan itu... khusyuk adalah punca kenikmatan itu.. haih... jauh lagi aku dalam pengembaraan ini..." Dan bersegeralah kamu dalam mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa" ali imran:133
****************************

Alam yang dijadikan oleh Tuhan yang Maha Agung ini sgt indah, semuanya bergerak mengikut sunatullah, tiada sedikit pun membantah, tiada sedikit pun terlewat dan terawal. makhluq Tuhan yang sentiasa patuh demi manusia.. Allah hamparkan bumi ini siap dgn cahaya lampu, nikmat sgl tumbuh2an hanya untuk manusia.. berapa ramai yang bersyukur? sedikit sekali yang menghitung nikmat Allah.. begitu ramai yang mengeluh apabila ditimpa bencana duka gelisah... mengapa tidak menghitung nikmat Allah berbanding dgn sedikit ujian dari Allah. Ujian dari Allah juga adalah nikmat yang tidak terhingga.. nikmat yang Allah sayangkan hambaNya.. nikmat yang Allah ingat pada kita.. Allahuakbar!! teringat aku pada kata2 rabiatul adawiyah pencinta Allah yg Agung ketika beliau ditanya oleh Sufian at thaury(kelas aku dulu):
"wahai rabiah me
ngapa engkau tidak memohon kpd Allah supaya Allah menyembuhkan penyakit mu? "rabiah menjawab: mengapa aku ingin memohon disembuhkan sedangkan ianya hadiah dari Allah.. adakah kita perlu menolak pemberian dari sahabat kita jika dia ingin memberi kita hadiah?"
^sungguh aku jauh lagi ingin mengapai seperti itu wahai Tuhanku.. Ampunkan kami ya Allah
ngapa engkau tidak memohon kpd Allah supaya Allah menyembuhkan penyakit mu? "rabiah menjawab: mengapa aku ingin memohon disembuhkan sedangkan ianya hadiah dari Allah.. adakah kita perlu menolak pemberian dari sahabat kita jika dia ingin memberi kita hadiah?"Sedang khusyuk aku menikmati alam, tiba2 aku dikejutkan dgn satu suara dari pegawai LRT.. "hey korang tak reti bahasa ke? nak aku cakap bahasa apa nak suruh korang faham hah!!" berdesing jeritan pegawai tadi kepada sekumpulan pelajar cina... aku berfikir lagi.. mmg padanlah lah drg orang bukan islam ni ta tetarik pun nak masuk islam.. penganutnya yang tidak berhemah dalam menegur, nampak sgt ke yang melayu ni bencikan cina?... slah ke berkata2 dgn adab sopan.. bukan ke budi bahasa budaya kita? dunia ni mmg terok.. sgt lah terok... buat aku meluat dgn org2 mcm tu.. bagaimana mrk nak tetarik dgn agama islam.. mrk tidak akan respect kita kalau beginilah sikap kita... bukan kah berkata baik2 itu adalah suruhan Allah kpd set
iap orang?
iap orang? "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. " al-furqan:63
****************************
p/s: Afuan sekiranya kata2 ada yang tersinggung. InshaAllah hidup ini kepada memberi...
No comments:
Post a Comment