Pages

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Monday, December 20, 2010

Analogi pen

A'a for Allah

Ba' for Bismillahirrahmanirrahim

Bermulalah pada suatu pagi yang hening di sebuah sekolah rendah di daerah Batu Pahat Johor.

Hadi seorang pelajar sekolah rendah sering mengganggu rakan-rakannya sehingga membuakan guru-guru yang mengajarnya pening kepala. Ikutkan hati mahu sahaja Cikgu Shahid selaku guru disiplin memberhentikan Hadi tetapi mujurlah Cikgu Helmi selaku guru besar sekolah tersebut menenangkan Cikgu Shahid.

Perangai Hadi semakin menjadi-jadi dari hari ke hari, semakin ditegah semakin menjadi-jadi sehinggalah pada suatu hari seorang guru yang baru berpindah, Cikgu Tajudin datang untuk mengajarkan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut.

Cikgu Tajudin telah ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu di kelas Hadi sehinggalah pada suatu ketika.

Di dalam kelas ketika mereka di minta untuk menyiapkan kerja yang diberi kepada mereka.
Dalam suasana yang sunyi itu, Hadi kemudiannya terpandang Arifin yang sedang tekun menyiapkan kerja yang diberi.

“Hah, mangsa pertama aku hari ini”

Batang pen yang digunakan untuk menulis itu kemudiannya dihalakan ke Arifin yang tekun menulis, lalu dicucuk ke pinggang Arifin hingga terlompat dari kerusi

“Opocot” Katanya tak semena-mena

Arifin kemudiannya menangis dan ditertawakan oleh rakan yang tidak jauh darinya iaitu Shahrin.

“Owh ada yang ketawa la pulak”, kata Hadi

Kemudian, hadi menggunakan pen yang sama lalu dibalingkannya tepat ke kepala Shahrin.

“Adooii, woi apa main kepala ni”

Kemudian Shahrin pergi ke depan kelas

“Tengok ni cikgu, Hadi baling pen ke kepala saya, nanti balik saya cakap kat Mak saya”
Dilihatnya Shahrin, kemudian dilihatnya Arifin yang sudah semakin reda dari tangisan, kemudian terpandang Hadi yang sedang menahan diri dari ketawa.

“Hadi, Arifin dan kamu Shahrin, habis kelas hari ini jumpa saya di meja sana”

Shahrin dapat melihat sebuah meja dan 3 buah kerusi dari dalam kelas.

Kemudian Shahrin balik ke tempat duduk sambil tersenyum puas memandang Hadi.

“Padan muka engkau”

Hadi kemudian membayangkan semula ketika dia berjumpa dengan Cikgu Shahid suatu ketika dahulu.
“Kamu tau tak, apa yang kamu buat ni salah, dah la kacau kawan-kawan yang nak belajar, macam mana kamu nak jadi pandai kalau camni. Alamak rosaklah Malaysia nanti bila ada 100 orang yang macam kamu”

“………” Hadi terdiam tanpa suara.

“Kalau nak ikutkan hati saya, nak aja saya buang kamu dari sekolah ni, dah la jahat, degil macam setan, nak ke saya buang? Hah”

“Tak nak cikgu” Hadi menjawab.

“Dah tu apasal kacau orang, nak ke saya rotan?”

“Tak nak cikgu” Hadi menjawab.

“Tau pulak tak nak, kamu tau tak, walaupun kamu pandai sekalipun, kalau kamu tak hormat cikgu sampai bila-bila pun kamu tak kan berjaya. Nanti kamu jadi setan pelesit kat jalan raya nak ke?. Dulu ramai anak-anak murid saya macam kamu ni la, saya cakap tak nak dengar. Nanti bila dah besar baru nak menyesal. Nanti bila dah besar bila kamu gagal masa tulah kamu nak ubah masa untuk belajar betul-betul, tapi sayang masa tu dah terlambat blablabla… Kamu pun kene sayang ibu bapa kamu, sebab apa, sebab syurga dibawah tapak kaki ibu, ingat tu blablabla… kalau saya tak sayang kamu saya biar je kamu jadi setan, tapi sebab saya sayang kamulah saya tegur kamu blablabla,,, semua ni pun untuk kebaikan kamu jugak blablabla,,, nanti tengok siapa yang nak bangunkan negara kalau bukan kamu, saya dah tua tak larat ni, saya harap bila saya dah pergi nanti orang macam kamulah yang boleh bangunkan negara blablabla…”

Cikgu Shahid melihat Hadi yang sudah tertunduk insaf.

“berjaya jugak aku menasihati budak degil sorang ni”

Dalam diam Hadi tertunduk insaf

“Laparnya, dah la duit aku untuk makan sekali je, dah la rehat tadi aku tak makan sebab tak cukup duit, masa aku nak beli coklat boleh pulak dia ni tahan aku, lepas tu panjang pulak khutbah dia kali ni, tak pe sabar je lah, lepas ni bila masuk kelas konfirm la kene maki sekali lagi sebab masuk lambat, malangnya nasib aku, ye la aku kan budak degil tak dengar kata”

Hadi terjaga dari lamunan tatkala melihat Cikgu Tajudin keluar meninggalkan kelas.

Tengah Hari

Tibalah waktu yang dijanjikan, perut Hadi sudah berbunyi-bunyi kerana tidak cukup duit untuk membeli makanan pada waktu rehat. Arifin san Shahrin juga sudah berada di sebelah Hadi.

Dari kejauhan, Cikgu Tajudin datang membawa plastik yang berisi makanan, tiba di hadapan mereka, Cikgu Tajudin membuka plastik yang berisi 7 keping sandwich, 2 bungkus makanan ringan dan 4 air kotak.

Arifin dan Shahrin pun dipelawa untuk makan kemudian Hadi masih lagi terdiam tanpa kata-kata di depan makanan yang lazat.

“Siapa yang malu, lapar la dia” kata Cikgu Tajudin

Hadi kemudian mengambil makanan dan kemudian makan bersama-sama Arifin dan Shahrin.

Kemudian Cikgu Tajudin memulakan perbualan pada petang itu.

“Hadi, minta tolong kamu keluarkan pen tadi”

Hadi pun mengeluarkan pen itu dari kocek seluar kanannya.

“Cuba kamu tengok pen ini, kamu rasa kalau kamu pencipta pen ini, apa tujuan pen ini diciptakan?”

“Untuk menulis la” Arifin menjawab dengan bangganya.

“Kamu memang pandai la Arifin, ok sekali lagi, pen ini tau tak tujuan dia diciptakan?”

“Manala pen ni tau tujuan dia diciptakan cikgu” kata Hadi

“Betul Hadi, pen ni tak tahu pun tujuan dia diciptakan, kalau kamu cipta kereta pun kereta tak tahu kenapa dia dicipta, tapi kita manusia yang mencipta dia sahaja yang tahu kenapa dia diciptakan”

“betul jugak” Kata Shahrin dan Hadi mengangguk tanda setuju.

“Saya nak Tanya kamu, kalau kamu dapat jawab, saya belanja burger esok, kalau pen itu tujuannya untuk menulis, manusia pulak apa tujuan dia diciptakan?”

“erk…” masing- masing terdiam.

Terlihat Cikgu Tajudin mengeluarkan sesuatu dari begnya.

“Kalau nak tahu tujuan manusia diciptakan, jawapan ada dalam buku ini?”

“Al Quran kan tu cikgu, ada ke jawapan dalam tu?” Tanya Hadi dengan penuh minat.

“Yup, mari saya tunjuk”

Cikgu Tajudin pun membuka surah Az-Zariyat ayat 56

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

“Kalau ibadat ini, tidak semestinya solat sahaja, ada juga ibadat umum, belajar, menghormati orang yang lebih tua termasuk guru dan rakan, berbuat baik dan lain-lain”

Kemudian cikgu Tajudin membuka surah Al Baqarah ayat 30

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi

“Tujuan kita diciptakan seterusnya adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, sebab kita dikurniakan akal fikiran yang jauh lebih hebat dari binatang, mari saya lihat pen kamu itu”

Cikgu Tajudin kemudian mengambil pen tersebut dan menulis sesuatu di atas sebuah kertas. Dilihat dakwatnya bersambung-sambung dan kemudian

“Tengoklah, pen ini dah rosak sebab tidak digunakan dengan tujuan asal yang sepatutnya pen ini diciptakan untuk iaitu untuk menulis, pen ini telah dibaling-baling dan inilah jadinya. Jadi ini pen, apa jadi pula kalau manusia melakukan sesuatu yang bukan tujuan ia diciptakan?”

Masing-masing terdiam.

No comments:

Post a Comment