Pages

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Thursday, March 31, 2011

Andai itu setandus gurun sahara


A for Allah
Ba' for Bismillahirrahmannirr
ahim

"Pasti cuba di sirami dengan selautan air agar tidak ketandusan lagi"

(36:19) mereka utusan Allah itu berkata, "kemalangankamu ituadalah kerana kamu sendiri. Apakah karena kamu diberi peringatan? sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas"

"isk budak ni, aku yang msg ko, ko boleh tanye lagi aku kat mana, menyusahkan orang btol lah dah aku cakap kat sini, kat sini lah..meluat betullll aku tgk dia tu.." meratah danging aya sofia dengan lazat sekali, ditambah pula condiment yang menyelerakan....

terdengar aya sofia tika rakan nya mengumpat nya tika dia baru termengah2 ke kelas.. sayunya aya sofia tika mengetahui kebanyakkan rakannya tidak menyenanginya dek perubahan yang dia lakukan.... tetapi wajahnya tetap mengukirkan senyuman

"masyaAllah, saya mohon maaf kira msg tadi menganggu awak", saya ada belikan awak air cool blog ni.. ambillah.... umpatan perlu dibalas dengan kebaikan.. fikir aya sofia...

seusai kelas tadi, aya sofia melangkah ke bangsal berhampiran sungai, melewati Dang Merduwati dan Dang Anum. melihat bunga ala2 bunga sakura yang menjadi kebangaan negara jepun dan korea berguguran jatuh membuat hatinya amat tenang dan damai walaupun seribu keperitan yang melanda... wajahnya sentiasa diukirkan senyuman bak bidadari kepada sesiapa sahaja yang beliau lewati... senyuman yang mmg tidak pernah lekang dari bibirnya walau sejuta peritan hidup terpaksa dihadapi....

perjalanan yang mengambil masa selama 10minit itu memberi impak kepada hati aya sofia yang ketandusan cinta Ilahi dengan mentadaburi alam semesta... Analogi ulat bulu sempat jua terakam dimindanya... "tatkala mentari menunjukkan kelibatnya, ulat bulu mencari rumput sebagai pelindung tetapi dalam mencari pelindungan di celahan rumput, ia banyak yang syahid di tgh jalan, walaupun melihat banyak yang tersungkur, ulat bulu ttp menghabiskan perjalanannya... begitu lah setiap hari hidupnya.. begitu juga dengan kehidupan manusia, tatkala sedang menuju syurga yang amat mahal, perlu menghadapi pelbagai rintangan.. harus tabah dan kuat menghadapinya agar tidak tersungkur di pintu syurga... fikir aya sofia...

"aya sofia budak baik, ingatlah sahabat ku, tugas kita hanya menyeru tetapi bukan penghukum mereka, walaupun mereka menutup telinga sekalipun jangan lah kita bersedih sesungguhnya Allah bersama orang2 yang membantu di jalan Allah, kita juga bukan pemberi hidayah, tugak kita hanya mengenalkan mereka dengan kefahaman terhadap islam, jangan lelah atas jalan dakwah ini... berdakwahlah dengan akhlak islami, berlemah lembut lah pada mereka tatkala mereka menghina kita.. sabarlah teman.. pasti ada ganjaran " nasihat seorang sahabat seperjuangan menerjah ingatan... sahabat yang sentiasa memberinya madah dan nasihat yang berguna.... walau berjauhan pasti rindu bertandang.... akan ku abadikan di kotak ingatanku selamanya...


kebanyakkan pemuda pemudi berduaan ke kelas masing masing, bertepuk bertampar tanpa hayya lagi....tidak juga segan silu menceritakan perkara maksiat di tengah orang ramai, tidak berpasangan dianggap ketinggalan zaman dan tiak maju.... masyaAllah, terdapat banyak lagi insan yang ketandusan ilmu agama, mungkin mereka nakkan pada kebaikan cumanya mereka tiada pendedahan. mana syabab pendakwah kita??? aya sofia berazam akan cuba menyampaikan dakwah kepada penduduk uitm. walaupun sikit tetapi biar berkualiti....

to be continue...

No comments:

Post a Comment