Participant : Mariam, k.niza, hanis, fatin, tisya
Venue : Rumah sahabat mariam dan hanis
Ibadurrahman bermaksud hamba Allah yang maha pengasih
kebanyakkan perkataan al-abdu ditujukan kepada Nabi S.A.W krn nabi S.A.W adalah hamba yang sangat dekat dgn Allah walaupun nabi S.A.W seorang yang maksum tetapi beliau tetap solat sehingga melecet dan bengkak kakinya kerana beliau hamba yang bersyukur. kita bagaimana? Allah menggunakan 'term' ab'du khas untuk orang yang disayangiNya. bukan sahaja untuk nabi S.A.W tetapi kepada sesiapa yang berusaha untuk mencintai Allah.
ciri2 ibadurrahman :
1) Rendah hati tidak takabbur dan sombong, orang2 yang berakhlaq mulia,
takabbur adalah org yang menganggap dirinya banyak ilmu dan memiliki byk kelebihan walhal disisi Allah dia tidak mempunyai apapun, terinagat sy akan kata2 sahabat nabi yang lebih kurang maksudnya begini " jgnlah kamu memandang orang yg lemah itu lemah dan org yang kuat itu kuat kerna mungkin org yg lemah itu luarannya saja yg lemah tetapi dia mempunyai kekuatan dalam dirinya, dan org yg kuat luarannya itu kuat barangkali di dalamnya lemah"
- sifat sombong itu fitrah manusia tetapi Allah kurniakan kita akal untuk mengawalnya.
- sifat ibadurrahman adalah dia sentiasa tawaduk ketika berjalan dmuka bumi ini..
2) Selalu mengucapkan ucapan-ucapan yang baik (al-kalamuth thayyib)
- walaupun dia di thomah kerana berbuat baik, ttp dia ttp mengucapkan perkataan yang baik2.
- bak kata pepatah melayu "orang baling tahi kita baling bunga"
- mungkin juga org yg mencerca itu kurang ilmu agamanya..
- teringat sy pada sebuah cerita yang dikonsi oleh ayah sy tentang seorang mualaf yang akhirnya berjaya menarik seluruh ahli keluarganya menjadi islam.. masyaAllah, bermula dgn mualaf yg memang pro kristian tadi berkawan dgn orang arab dan dia berniat utk menarik org arab td masuk kristian dan dia pun memberikan byk nasihat kpd org arab tadi dan orang arab tadi hanya senyum, dan dgn senyuman itulah mungkin hidayah Allah tu turun dan akhirnya dia masuk islam SubhanaAllah...Rasulullah juga menyatakan, bahwa orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang suka memberi kepada orang yang tidak mau memberi kepadanya.
3) Menghabiskan waktu malamnya untuk Allah (qiamullail)
- kisah seorang budak 19tahun mati syahid ketika membantu misi ke gaza, beliau seorang budak yang sentiasa mendampingi al quran dan bangun malam.. seorang pelajar yang execellent tetapi memilih misi ke gaza untuk memenuhi cuti nya diwaktu rakan2 lain sedeang sibuk berseronok.. ketika peluru dilepaskan dan tepat mengenai dahi beliau, beliau berdoa terimalah syahidku sebanyak 3kali... sedangkan tika sakaratulmaut datang seseorang itu merasa sukar utk menyebut shahadah sekalipun.. tetapi beliau berjaya melafazkan doa tersebut.. MasyaAllah..
4) yaitu sederhana (moderat) di dalam berinfaq.
Apabila manusia atau orang yang beriman yang ingin membelanjakan sesuatu, maka ketika membelanjakan tersebut dia tidak boleh terlalu boros, dan juga tidak boleh terlalu kikir.
5) menjauhkan diri dari sifat syirik dan tidak berzina.- bukan sahaja zina secara total, tetapi jalan2 yang menghampirkan kita pada zina..
6) menjauhkan diri dari bersaksi palsu.
7) senang menerima nasehat yang baik.
Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta. (Q.S. Al-Furqaan: 73
8) senantiasa berdo’a dan bermunajjat kepada Allah.Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Q.S. Al-Furqaan: 74)
9) menjauhkan diri dari melakukan perbuatan membunuh yang diharamkan oleh Allah SWT.10) tidak menipu,
apabila dia melewti perbuatan yang tak berfaedah maka dia akan berlalu pergi.. contohnya ghibah...
(75) Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
(76) mereka kekal di dalamnya. Surga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.
(77) Katakanlah (kepada orang-orang musyrik): “Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh telah mendustakan-Nya? karena itu kelak (azab) pasti (menimpamu)”.
(Q.S. Al-Furqaan: 75-77)renung2kanlah dan selamat beramal.. bersama2 lah kita mencapai tahap yang disayangi Allah krn sayang Allah itu lagi mahal dari cinta dunia yang sementara...
segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari sy sendiri, jika ada salah silap sy mengharapkan teguran anda semua...
waallahu'
No comments:
Post a Comment