
Rasulullah bersabda bermaksud: “Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, niscaya dia akan merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya. Dan apabila mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka.”
Dapat dilihat betapa pentingnya mencintai seseorang kerana Allah dalam mendapatkan redha Allah…Bukan setakat mencintai seseorang shaja..bahkan..dalam setiap pekerjaan harus lurus niat kita…set lah apa yang kita lakukan seharian itu adalah “Lillahi Ta’ala”
Orang yang merasai manisnya iman sukar berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain melainkan perasaan sama turut dialami. Yang pasti, Nabi Muhammad digelar kekasih Allah adalah manusia yang paling dekat hatinya dengan Allah kerana Baginda mencintai Allah melebihi yang lainnya dan sanggup menghadapi bahaya dan bencana semata-mata untuk mempertahankan agama dan mesej yang dibawa dari Yang Maha Esa.
Umat Islam pula akan merasai manisnya iman dengan mencintai Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10 yang artinya: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara”.
“Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya” (HR Abu Daud dan Tarmidzi)
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat dianjurkan karena terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang.” (Surah Ar-Rum:21)
Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta.Tidak boleh membolak-balikan urutannya .Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata.Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah saw.Cinta yang melahirkan rasa hormat,patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain.Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yang melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
5. Tahap kelima, cinta sesama manusia.
6. Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.
p/s: Adakah sgl hal yang kita buat dalam mencintai seseorang itu mendapat keredhaan Allah?? Adakah kita mencintai Allah lebih dari makhlik nya? apakah bukti kita mencintai Allah? adakah kita solat di awal waktu, ghairah untuk bertemu Allah? adakah keghairahan bertemu Allah itu melebihi keghairahan bertemu kekasih? ini dinamakan redha Allah? Sy jua insan lemah tiada daya berusaha untk memperbaiki kekurangan diri.... Allah maafkan hambaMu yang selalu lupa dan lalai.. Kuatkanlah hati ini, sesungguhnya Engkau Maha pemilik hati ini... Tabahkanlah hati ini untuk meninggalkan sgl kemaksiatan kpdMu... Sabar hati ini dalam usaha mendapatkan hidayahMu....ALLAH is a true LOVE...
No comments:
Post a Comment